05/01/2024
Tidak berkumpul satu perkumpulan di dalam masjid (rumah Allah), mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran), Allah akan turun kan sakinah (ketenangan), Rahmah (Rahmat).
Barang siapa yang menempuh untuk menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalan untuk pergi ke Syurga.
Kita hidup di dunia ini dengan nikmat Allah SWT, sama ada nikmat yang kita sedar ataupun tidak menyedarai nya. Nikmat Allah ini sangat luas. Kita perlu menyedarai ‘5 senses’ kitani untuk mensyukuri nikmat Allah SWT.
Nikmat masa adalah suatu nikmat yang besar untuk manusia mensyukri nya.
Wal Asr – demi masa. Satu ayat ini sungguh penuh dengan makna.
KIta kadang tidak menyedarai betapa pantas nya masa telah berlalu. Oleh itu, kita perlu mengisi masa tersebut dengan sebaik nya.
Waktu itu seumpama pedang kata Imam Shafiee. Jika kita tidak menjaga masa dengan sebaiknya, maka ia akan memotong kita tetapi jika kita mengisi dengan sebaiknya, kita akan beroleh manfaat daripada nya. Time is like a double-edge sword: either it cuts you or you cut it.
Nikmat masa dan kesihatan ini perlu kitani gunakan sebaiknya untuk pergi ke masjid semasa sehat dan mempunyai masa agar di kemudian hari kita tidak akan menyesal.
Mempunyai cita-cita dan impian adalah sangat penting kerana ianya akan timbul keazaman dan kesungguhan di dalam kehidupan ini. Kita perlu juga dengan menyertai nya dengan doa, usaha, tawakkal dan memohon redha daripada Allah SWT. Penghuni syurga, para sahabat, mereka memiliki cita-cita dan impian. Begitu juga dengan Rasulullah SAW, beliau mempunyai penuh dengan cita-cita di dalam hidupnya. Salah satu cita-cita Rasulullah adalah untuk niat Omar untuk memeluk agama Islam.
Leave a comment